Private Teacher Trophy
Private Teacher Trophy
ADAKAH ANDA TAHU?

Sedang mencari pekerjaan Cikgu Tuisyen atau Tutor di Malaysia? nakTuition ialah platform yang menghubungkan cikgu tuisyen atau tutor dengan pelajar yang memerlukan khidmat tuisyen ke rumah atau tuisyen dalam talian. Platform ini sesuai untuk guru sekolah, graduan universiti, atau individu yang ingin menjana pendapatan melalui bidang pendidikan sama ada secara sambilan atau sepenuh masa.

Untuk mendapatkan peluang pekerjaan cikgu tuisyen atau tutor, anda hanya perlu mendaftar sebagai tutor. Anda boleh memilih untuk mengajar secara online atau ke rumah pelajar mengikut keselesaan dan kepakaran anda. Proses pendaftaran adalah mudah dan cepat.

nakTuition dibina khas bagi menyokong cikgu tuisyen di setiap peringkat. Kami menyediakan sistem yang tersusun dengan tugasan yang disahkan, kemas kini kerja terkini di Malaysia serta bantuan daripada koordinator berdedikasi. Proses padanan kerja dan pembayaran diuruskan sepenuhnya supaya tutor boleh fokus kepada pengajaran berkualiti.

Sebagai cikgu atau tutor, anda mempunyai kawalan penuh untuk memilih subjek, kaedah pengajaran dan lokasi pilihan. Dengan permintaan yang semakin meningkat untuk pekerjaan cikgu tuisyen atau tutor di Malaysia, nakTuition memudahkan anda mendapatkan peluang mengajar yang sebenar dan dipercayai.

Baca lebih lanjut

Kenapa jadi Tutor di nakTuition?
Bagaimana Memohon Pekerjaan
Assignments Private Teacher
1. Tutor Mohon Kerja
Lihat kerja kosong terkini dan mohon yang sesuai dengan jadual anda. Anda boleh memohon lebih daripada satu kerja dengan slot masa yang berbeza
Parent Choose Private Teacher
2. Ibu Bapa Memilih Anda
Jika anda dipilih, kami akan menghubungi anda dalam masa 2-72 jam dari tarikh permohonan.
Private Teacher Learning Method
3. Mula Sesi Pertama
Selepas sesi pertama, jika ibu bapa berpuas hati, anda boleh teruskan ke sesi kedua dan seterusnya. Jika ibu bapa tidak berpuas hati, perkhidmatan anda akan dihentikan dan tiada bayaran akan dibuat. Walau bagaimanapun, anda sentiasa boleh memohon tugasan lain yang sesuai dengan anda
Private Teacher Income
4. Terima Bayaran
Selepas anda selesai kitaran tugasan, hantarkan laporan anda dan kami akan memproses bayaran anda.

3 Langkah Mudah untuk Memohon Pekerjaan

Komisen Tertinggi di Malaysia

• Kadar bayaran adalah tertakluk kepada kadar yang telah ditetapkan. • Kadar bayaran bagi setiap tugasan berbeza mengikut jam pengajaran. Butiran penuh boleh rujuk di job details • Komisen syarikat kepada anda adalah berdasarkan ketetapan berikut: ✔ Komisen 50% ditolak sekali sahaja, selepas semua sesi kelas yang ditetapkan diselesaikan sepenuhnya ✔ Bayaran penuh diterima selepas komisen ditolak ✔ Setiap tugasan baharu: pengurangan komisen 10% (maksimum 20%) • Klik komisen untuk melihat contoh **Bayaran disalurkan terus dari syarikat ke akaun anda & tanpa perlu risau invois & urus bayaran

Pekerjaan Cikgu Tuisyen Terkini di Malaysia

Lihat Pekerjaan Cikgu Tuisyen

Daftar Sekarang Ianya Percuma!

Subjek Tuisyen Yang Diperlukan

Mengajar secara online atau bersemuka. Banyak lagi subjek diperlukan untu mengajar

Primary & Secondary School

  • Bahasa Melayu
  • English
  • Mathematics
  • Science
  • Sejarah
  • Additional Mathematics
  • Physics
  • Chemistry
  • Biology

Languages

  • English (Conversation / Exam Prep)
  • Bahasa Melayu
  • Mandarin
  • Tamil
  • Arabic

Business & Accounting

  • Accounting
  • Economics
  • Business Studies
  • Prinsip Perakaunan

Technology & Skills

  • Computer Science
  • Coding / Programming
  • ICT
  • Robotics
  • Data Science

International Syllabus

  • IGCSE
  • O-Level
  • A-Level
  • IB

Test Prep & Others

  • MUET
  • IELTS / TOEFL
  • Public Speaking
  • Quran & Islamic Studies

Bersedia untuk Mengajar?

Mengajar secara online atau bersemuka. Kami uruskan kewangan, pemasaran dan pentadbiran untuk anda

Menjadi Tutor Hari Ini
FAQ

Pendaftaran

Hampir sesiapa sahaja boleh mendaftar sebagai tutor. Kami berhasrat untuk memastikan platform kami terbuka kepada semua yang memenuhi syarat dan mematuhi undang-undang Malaysia. Anda dialu-alukan untuk mengajar.

Untuk mendaftar sebagai tutor, sila isi borang pendaftaran dalam talian kami

Mendapatkan Pekerjaan / Tugasan

Kami menerima lebih daripada seratus tawaran kerja tutor baharu setiap bulan, dan kami akan menerbitkan kesemuanya di senarai tugasan. Anda boleh memohon secara terus melalui pautan tersebut.

Kami juga menghantar tawaran kerja melalui WhatsApp kepada tutor yang sesuai dan telah mendaftar dengan kami. Sekiranya anda menerima jemputan daripada kami, anda boleh memohon secara terus melalui pautan yang diberikan.

Ibu bapa atau pelajar juga menggunakan penapis carian kami yang meluas untuk mencari tutor dengan profil yang menarik. Jika ibu bapa berminat pada anda dan dipilih, kami akan menghubungi anda secara terus untuk pengesahan.

Selepas anda memohon untuk sesuatu tugasan, tunggu sehingga 72 jam sahaja. Biasanya, jika ibu bapa mempertimbangkan anda, kami akan menghubungi anda dalam masa 2-72 jam. Pada masa yang sama, adalah disarankan untuk terus memohon tugasan tuisyen yang lain yang mempunyai slot masa yang berbeza.

Apabila anda dipilih untuk sesuatu tugasan tutor, penyelaras kami akan memaklumkan anda melalui WhatsApp supaya anda boleh berkomunikasi dengan ibu bapa.

Sekiranya pelajar atau ibu bapa ingin mengambil anda sebagai tutor mereka, penyelaras kami akan memberitahu anda dan membantu kedua-dua pihak mengatur sesi pembelajaran pertama.

Sediakan rancangan mengajar anda dan bersedia untuk menjalankan sesi kelas pertama.

Pengajaran

Anda dibenarkan menjalankan sesi mengajar mengikut cara pilihan anda (cara yang anda sukai), selaras dengan keperluan pelajar. Selepas setiap sesi pengajaran, anda perlu menyerahkan rekod bagi sesi tersebut. Maklumat yang perlu diisi hanyalah tarikh, masa, dan pelajaran (aktiviti, subjek, atau topik yang dibincangkan). Rekod ini akan dihantar kepada ibu bapa atau pelajar sebagai rujukan dan bukti bahawa sesi telah dijalankan. Anda boleh membuat rekod ini melalui menu senarai kelas.

Untuk sesi pertama anda dengan pelajar, anda dikehendaki membawa dokumen asal atau salinan yang disenaraikan dalam profil anda, jika ibu bapa ingin melihatnya. Keperluan ini hanya terpakai pada sesi pertama.

Anda bertanggungjawab menyediakan bahan pengajaran anda sendiri dan sebarang nota, pembelian buku rujukan atau buku latihan kepunyaan pelajar yang dicadangkan anda ditanggung oleh penjaga/pelajar dan hendaklah dibincangkan dengan penjaga/pelajar terlebih dahulu agar mereka dapat membuat keputusan samada boleh dibeli/photostat sendiri atau meminta bantuan anda.

Kecuali jika dinyatakan sebaliknya, anda diharapkan untuk memberi komitmen sekurang-kurangnya 4 minggu (1x /minggu) tuisyen. Jika anda menarik diri daripada tugas tanpa sebab yang sah (seperti sakit) sebelum menyelesaikan sekurang-kurangnya 4 minggu tuisyen, anda tidak layak menerima sebarang bayaran tuisyen.

Untuk tugas jangka pendek, anda diharapkan untuk memberi komitmen selama tempoh yang dipersetujui (biasanya sehingga peperiksaan pelajar) dan memenuhi bilangan pengajaran minimum yang ditentukan.

Kami mengharapkan setiap tutor untuk mengekalkan integriti dan tanggungjawab dengan berkomitmen untuk membantu pelajar dan tidak menarik diri tanpa sebab yang sah. Tutor yang menunjukkan perilaku tidak bertanggungjawab atau tidak beretika mungkin disenarai hitamkan tanpa amaran. Kami akan menyemak kes demi kes dan mempertimbangkan tindakan yang sewajarnya.

Jika ibubapa tidak berminat dengan anda selepas sesi pertama, anda tidak akan dianggap sesuai untuk tugasan tersebut dan tidak akan menerima yuran daripada kami untuk tugasan tersebut. Garis panduan am ialah permulaan 30 minit sesi pertama sebelum ibu bapa memutuskan sama ada anda sesuai atau tidak. Walau bagaimanapun, anda masih boleh memohon tugasan lain.

Pembayaran

Anda tidak perlu mengutip bayaran bagi pihak kami, kerana kami akan mengebil ibu bapa secara terus. Syarikat kami akan membuat bayaran daripada akaun syarikat ke akaun anda. Anda akan menerima komisen anda setiap bulan (biasanya pada hujung bulan), bermula dari tarikh sesi pertama anda. Ibu bapa akan membayar kami secara langsung.

Anda boleh rujuk bahagian sistem komisen untuk maklumat lanjut.

Yuran syarikat termasuk sebahagian daripada yuran sesi pembelajaran. Oleh itu, anda tidak perlu membuat sebarang pembayaran kepada syarikat untuk tugasan tuisyen anda. Komisen dibayar oleh pelanggan (ibu bapa atau pelajar) secara terus kepada syarikat.

Lain-lain

Maklumkan kepada syarikat kami dengan segera sekiranya terdapat penambahan atau pengurangan waktu kelas. Bayaran akan disesuaikan berdasarkan perubahan tersebut.

Tutor digalakkan memuat naik sijil, dokumen sokongan, atau testimoni di bahagian akaun anda selepas mendaftar. Sila letakkan tanda air (watermark) pada sebarang maklumat sulit untuk tujuan keselamatan. Jangan sertakan maklumat peribadi seperti nombor telefon atau email, kerana dokumen yang mengandungi maklumat ini tidak akan diluluskan. Memuat naik dokumen yang lengkap dan sah juga akan meningkatkan peluang anda untuk menerima lebih banyak tawaran kerja sebagai tutor.

Hantar emel ke feedback@naktuition.com untuk sebarang pertanyaan atau maklum balas yang tidak terdapat dalam FAQ. Maklum balas anda membantu kami meningkatkan perkhidmatan kami.